Produk-Produk OsteSAMIN

 

OsteSAMIN plus Chondroitin

Formula Sendi 2-dalam-1 yang Dipercayai dengan Glukosamin + Kondroitin yang Telah Diuji Secara Klinikal untuk Melegakan Sakit Sendi & Merawat Osteoartritis.

Live-well OsteSAMIN plus Chondroitin mengandungi sinergi nutrien kesihatan sendi, Glukosamin dan Kondroitin Sulfat - merupakan sebatian yang didapati secara semula jadi dalam tubuh kita tetapi pengeluarannya berkurangan apabila usia kita semakin bertambah.

Bekalan Glukosamin dan Kondroitin yang tidak mencukupi menghalang tulang rawan untuk membina semula dengan cekap dan boleh melambatkan proses pembaikan rawan dan tisu penghubung lain.

Osteoartritis ialah keadaan kronik yang berlaku apabila tulang rawan pada sendi menjadi rosak. Tulang rawan ialah bahagian sendi yang bertindak sebagai kusyen kepada hujung tulang yang bertemu di sendi dan membenarkan sendi bergerak dengan mudah.

Kebanyakan sakit sendi disebabkan oleh penuaan. Tulang rawan pada sendi adalah penting kerana rawan membenarkan sendi bergerak dengan lancar dan membantu menghalang berlakunya geseran di antara tulang-tulang pada sendi.

Mereka yang menderita sakit akibat osteoartritis akan mendapati pertumbuhan semula tulang rawan sendi mereka tidak berupaya untuk menyaingi kadar proses haus yang berlaku. Apabila tulang rawan sendi haus, ini menyebabkan kesakitan, keradangan dan bengkak.

Dengan Live-well OsteSAMIN plus Chondroitin, warga tua kini boleh menjalani hidup bebas daripada sakit sendi untuk menikmati aktiviti kegemaran mereka- mengembara, bersenam, bermain dengan kanak-kanak, makan di luar, membeli-belah dan sebagainya.

Ambil Live-well OsteSAMIN plus Chondroitin bersama Live-well OsteMSM setiap hari untuk merawat osteoartritis & melegakan sakit sendi bagi kebolehgerakan dan keanjalan yang lebih baik.

Setiap kapsul Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin mengandungi:
- 375 mg glukosamin
- 200 mg kondroitin

Untuk Osteoartritis tahap sederhana hingga serius:
2 kapsul dua kali sehari, 15 minit sebelum makan

Untuk amalan:
1 kapsul dua kali sehari, 15 minit sebelum makan

- 100 Kapsul Sayuran
- 30 Kapsul Sayuran